Tuesday, October 13, 2009
Labels: baby cute, baby photo, bayi bijak, genius baby
Saturday, October 3, 2009
Gambar ni, diambil lebih kurang 2 minggu selepas Hadhinah Athirah dilahirkan. Kononnya nak hantar ke majalah Pa&Ma...tapi sebab lambat sangat nak touch up, dan asyik busy dengan gambar orang lain, maka harapan tinggal harapan je lah...mm..upload kat blog pun ok gak per?
mmm..cuba teka, apa yang dibualkan oleh si kecil berdua ni? nampak macam Athirah bersungguh-sungguh bercerita dengan kak long..kak long pulak tersenyum macam faham...hehe..layannn..........
Labels: anakku, bayi bijak, hafizhaiyan, si comel
Ini adalah gambar Athirah yang diambil dalam versi monotone..diedit dalam CS3 untuk melembutkan wajah Athirah dan menambah sedikit sentuhan warna sephia...
Yang ni pulak gambar si kecil ni tersenyum..bukan senang tau..nak kena duduk berbual-bual dengan dia sambil pegang kamera..bila dia tersenyum, cepat2 snap...this is the best photo buat masa ni...nampak macam bulat sikit muka dia sebab close up too close...tak bagus sebenarnya untuk gambar potrait.lebih-lebih lagi kalau gambar orang dewasa...rosak keasliannya..
Apapun, comel tak Athirah? Masa foto ini dirakamkan, berat si comel ni dah mencecah 4kg...Alhamdulillah, sihat la maknanya tu...
;p ...
Labels: baby photo, baby photographer, baby smile, cute baby, smiling baby
Kepada ibu-ibu yang berhati lembut, jangan lakukan aksi ini kepada anak anda. Hehe..ni adalah satu bentuk latihan awal supaya bila besar nanti, anak papa & mama ni tak malas basuh baju, tak malas tolong mama..juga adalah pendedahan awal kepada teknologi pembuatan mesin basuh... tengok tu betapa bersungguh-sungguhnya Hadhinah Afiqah menerangkan kepada kita cara-cara penggunaan mesin basuh yang betul...
Gambar ni dah lama jugak tersimpan dalam memori card..biasalah, shoot bukan main banyak gambar, tapi nak cuci or edit , memang malas lah...
Wednesday, September 30, 2009
Ini gambar Mama & Hadhinah Afiqah..Sempat aku snap masa kami siap2 nak balik ke KL..
Masa beraya di Baling, ramai yang kata, perangai Hadhinah Afiqah saling tak tumpah macam perangai mamanya..lincahnya, lasaknya..baru tahu siapa punyer DNA..hehehe
Cuba tengok gambar ni, dari segi rupa pulak, sama tak Hadhinah Afiqah dengan mama?
Sunday, September 27, 2009
Nak tau apa maksud Hadhinah Afiqah & Hadhinah Athirah?
Ku berikan nama,
Bukan sekadar panggilan,
Bukan sekadar untuk sedap-sedap menyebut,
Ku berikan nama,
Berserta harapan menggunung,
Maksud di sebalik nama,
Adalah doaku untuk anak-anakku,
Moga besar berjaya,
Moga besar berguna,
Moga besar berjasa pada bangsa,
Moga besar taat pada agama,
Moga besar tidak lupa ibu bapa...
wallahualam...
Labels: baby names, makna nama, nama anak, nama islam
















