Friday, October 31, 2008

Hadhinah Konvo?

hehe..cutenyer dia bila senyum...Mama dia yang tolong agah2 dia sampai dia tersenyum masa amik gambar ni. Tu yang mata Hadhinah pandang ke tepi tu.
Gambar ni diambil semasa sesi foto outdoor Nurul dgn Emy dan Eela di UPM 26 hb hari tu.












Hadhinah sekarang dah mencecah 4 bulan setengah. Pantang je letak atas tilam, mesti nak meniarap terus. Tapi tak lama lepas tu mesti menangis mintak tolong pusingkan balik sebab dia tak pandai nak pusingkan badan ke posisi baring lagi...

Gambar yang kat atas sekali tu yang paling aku suka sekali...


Hadhinah dengan tok & tok wan masa mereka singgah di rumah selepas berjalan raya di rumah mak usu di Ampang...

Wednesday, October 15, 2008



Hadhinah Afiqah di pagi raya dengan atok & neneknya. Siap salam dengan nenek dia tu minta ampun dan maaf. Hehe..

Hadhinah Di Hari Raya




Antara shot Hadhinah dengan Haiyan yang terbaik buat petang tu. Hehe...tengok gambar2 dalam ni dan cuba nilaikan, Hadhinah sama macam mama dia ke ataupun papa dia? :P hehe







Kadang2 tu bukannya senang nak dapat gambar Hadhinah yang tersenyum cute macam ni...Macam2 menda nak kena buat sampai dia betul2 pandang kamera dan tersenyum. Gambar diambil semasa petang raya ke 3 kat rumah pusaka arwah atok & nenek aku di Alor Gajah.

hadhinah 3 bulan

My lovely Hadhinah Afiqah at the age of 3 months old...Hadhinah yang dah petah bercakap (dalam bahasanya yang tersendiri), yang dah boleh dibawa bermain-main, bergurau-gurau...

Monday, October 6, 2008

Hadhinah Afiqah


Hadinah Afiqah di usia 3 bulan lebih...Dah pandai gelak...Dah pandai berborak2...Ramadhan kelmarin, hampir setiap malam diajaknya mama & papa berjaga malam layan dia berborak sampai ke Sahur. Akibatnya, hampir setiap pagi aku terlelap semasa memandu ke pejabat...Tapi Alhamdulillah selamat jugak sampai ke pejabat dalam terlelap2 tu...


Hadhinah yang dah mengantuk...muka masam je...pastu nangis nak tido..Gambar ni diambil 4 hari sebelum Hari Raya Aildilfitri kelmarin, di rumah pusaka moyang Hadhinah, Arwah Bujang Salleh dan Arwah Sapiah Burok. Puas mama suruh senyum tapi Hadhinah tak nak jugak...dah penat lah tu sejam lebih duk dalam kereta dari KL tadi...Ketika gambar ini diambil Hadhinah sudahpun berusia 3 bulan lebih.



Gambar2 ini diambil ketika Hadhinah berusia sebulan lebih..tengoklah betapa sihatnya dia...Badan semakin berisi dan mukanya semakin beransur putih berbanding ketika baru lahir. Rambut pulak makin lebat tapi, tak lama lah tu...nanti kena cukur jugak...hehe


HADHINAH , originally uploaded by hafiz_fital.

Hadhinah sayang...permata hati mama & papa....Gambar2 ini diambil ketika Hadhinah belumpun berusia sebulan.



Tanggal 17 Jun 2008, seawal jam 0045 am, dengan izin dan limpah rahmat dari-Nya, puteri sulung kami, Hadhinah Afiqah selamat dilahirkan melalui kaedah ceasarian. Alhamdulillah, dengan berat 2.78 kg Hadhinah dilahirkan dengan cukup semua sifatnya.

Kini genap seminggu Hadhinah dilahirkan tapi memori di dalam bilik bersalin mungkin sesuatu yang akan aku kenang seumur hidup. Nurulhaiyan telah dimasukkan ke bilik bersalin HUKM lebih kurang pukul 1tgh hari 16 Jun 2008, selepas ketubannya pecah pukul 9.30 pagi. Epidural kemudiannya diberi bagi mengurangkan rasa sakit ketika bersalin nanti. Walaubagaimapun sehingga pukul 11 malam, selepas hampir 11 jam berada di bilik bersalin, Haiyan masih tidak rasa seperti hendak bersalin. Bukaan rahim pula hanya 3cm pada masa tu. Badan dia pula dah makin kuat menggigil kerana kesan ubat epidural dan jugak kerana perut yang tak berisi apa-apa semenjak pagi. Nak pulak masuk2 je bilik bersalin tu doktor dah bagi ubat untuk dia buang isi erut sampai kosong. Kesian Haiyan. Timbul keinsafan dalam hati betapa beratnya pengorbanan seorang ibu bagi melahirkan seorang anak. Pengalaman ni yang membuatkan aku lebih bertambah sayang pada mak aku dan jugak pada Haiyan.

Pukul 12 tepat doktor meminta persetujuan bagi membolehkan pembedahan ceasarian dibuat ke atas Haiyan memandang ubat epidural telah terlalu banyak digunakan dan Haiyan masih tak rasa sakit nak melahirkan anak.

Agak sedih juga pada masa tu sebab terpaksa menunggu di luar bilik pembedahan sedangkan di awalnya aku dah janji dengan Haiyan untuk temankan dia semasa dia melahirkan anak. Tapi undang2 hospital melarang aku untuk temankan Yan ke bilik bedah..mmm...kesian bini aku...

Lepas sejam menunggu, puteri kami dibawa keluar dari dewan bedah. Alhamdulillah, kedua-duanya selamat. Hadhinah Afiqah diazan dan diiqamatkan. Aku cium puas-puas pipi dan dahi Hadhinah sebelum aku serahkan semula pada jururawat kat situ.

Haiyan dibawa keluar melalui pintu lain terus ke wad Delima. Dia nampak lemah tapi masih mampu tersenyum. Baby girl bisik aku pada dia. Dia mengangguk...tersenyum lemah... Terima kasih sayang...atas pengorbanan awak mengandungkan Hadhinah selama 9 bulan, ditambah dengan kekuatan semangat awak menunggu 12 jam sebelum di bedah dan menahan diri dari makan itu dan ini sepanjang berpantang 2 bulan ni.

Ya Allah, aku mengucapkan syukur di atas kurniaan Mu ini. Aku memohon daripada mu perlindungan ke atas anak ini dan zuriatnya daripada gangguan syaitan...

Kepada kasih, cinta dan rinduku....Nurulhaiyan....terima kasih di atas pengorbanan ini..

Puteri hati kami Hadhinah Afiqah...semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah daripada ganggunan jin dan syaitan...dan juga manusia2 yang sentiasa berhasat dengki...

Ketika coretan ini dibuat, Haiyan dan Hadhinah sudahpun berada di rumah mak Haiyan untuk menghabiskan tempoh berpantang. Mereka dibenarkan keluar hari Ahad (22/06/208) kelmarin selepas doktor sahkan yang kandungan G6PD baby dah ok. Tapi di rumah kami masih tetap membawa Hadhinah mandi cahaya matahari pagi sebab kuning di mata dan badan dia masih ada lagi...

Haiyan pulak baru hari ni mula berurut...
Harap2 semuanya akan baik nanti...baby sembuh dari penyakit kuning dan Haiyan selamat berpantang sehingga luka pembedahan sembuh sepenuhnya.

;;

Template by:
Free Blog Templates