Wednesday, September 30, 2009

Ini gambar Mama & Hadhinah Afiqah..Sempat aku snap masa kami siap2 nak balik ke KL..

Masa beraya di Baling, ramai yang kata, perangai Hadhinah Afiqah saling tak tumpah macam perangai mamanya..lincahnya, lasaknya..baru tahu siapa punyer DNA..hehehe

Cuba tengok gambar ni, dari segi rupa pulak, sama tak Hadhinah Afiqah dengan mama?

Sunday, September 27, 2009

Di Sebalik Nama...

Nak tau apa maksud Hadhinah Afiqah & Hadhinah Athirah?

Hadhinah bermaksud pendidik atau pengasuh. Manakala Afiqah pula membawa maksud yang berpengetahuan luas. Ada ratusan nama-nama indah yang papa jumpa semasa mencari nama untuk Hadhinah Afiqah, tetapi papa paling tertarik dengan gabungan kedua-dua nama ini. Afiqah; yang berpengetahuan luas, membawa harapanku, semoga besar nanti, dia menjadi seorang yang berilmu & berjaya. Manakala Hadhinah; pengasuh/ pendidik, adalah juga harapan & doa papa & mama, semoga besar nanti, Hadhinah Afiqah menjadi seorang yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara...

Apabila Hadhinah Athirah lahir, papa berkeras untuk kekalkan penggunaan Hadhinah sebagai nama pangkal anak papa ni..Mama mulanya tidak setuju..tapi papa terangkan sebab-sebab papa memilih nama ini, mama tidak membantah..Kerana kedua-dua anak papa adalah perempuan, dan nama ini pastinya sinonim dengan wanita; pendidik/ pengasuh..dan papa gabungkan dengan Athirah (disebut Asirah), sebagai doa papa & mama, Hadhinah Athirah menjadi seorang pendidik/ pengasuh yang utama ataupun yang terpenting di dalam masyarakat...
Anak-anak papa, pada papa, peranan pendidik ini tidak terbatas sekadar guru ataupun pensyarah di sekolah-sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Peranan pendidik itu luas...Ibu juga adalah pendidik kepada anak-anak, pemimpin negara adalah pendidik kepada rakyat...


Ku berikan nama,
Bukan sekadar panggilan,
Bukan sekadar untuk sedap-sedap menyebut,

Ku berikan nama,
Berserta harapan menggunung,
Maksud di sebalik nama,
Adalah doaku untuk anak-anakku,
Moga besar berjaya,
Moga besar berguna,
Moga besar berjasa pada bangsa,
Moga besar taat pada agama,
Moga besar tidak lupa ibu bapa...


wallahualam...

Friday, September 18, 2009

cinta Anna: PIPI HADHINA TAK GEBU MACAM HADHINA

Ini thread dari blog mak ngah Hadhinah berdua ni...memang gitu mak ngah ni..suka-suka jugak upload gambar kami dalam blog dia...tak bagi royalti pulak tu..pak lang apun pun gitu jugak...

tak kira, royalti dalam bentuk duit raya ye..insyaAllah Jumaat depan kami sampai ke Melaka..tahun ni giliran raya sebelah tok & wan mama dulu...(huhu..tu yang Papa nampak lemah longlai je raya tahun ni sebab.................................................................................kat belah mama takkan jumpa ketupat + kuah kacang)...sian papa...

Thursday, September 17, 2009

My Little Baby...

Ni lah baby kedua aku & yan..Hadhinah Athirah bt. Mohd Hafiz.

Alhamdulillah, Hadhinah Athirah telah selamat dilahirkan pada 3.45 petang, tanggal 29 Ogos 2009.

Berat semasa dilahirkan adalah 2.86 kg.

Ni pulak gambar Athirah dengan kakaknya, Hadhinah Afiqah...

Tengoklah, betapa sayangnya Hadhinah Afiqah kat adik, Hadhinah Athirah...

Dari Papa & Mama, semoga anak papa & mama menjadi anak yang solehah, taat pada orang tua dan membesarlah menjadi orang yang berjasa pada agama & bangsa...mmmmmuuuaaahhh!

;;

Template by:
Free Blog Templates