Monday, October 6, 2008



Tanggal 17 Jun 2008, seawal jam 0045 am, dengan izin dan limpah rahmat dari-Nya, puteri sulung kami, Hadhinah Afiqah selamat dilahirkan melalui kaedah ceasarian. Alhamdulillah, dengan berat 2.78 kg Hadhinah dilahirkan dengan cukup semua sifatnya.

Kini genap seminggu Hadhinah dilahirkan tapi memori di dalam bilik bersalin mungkin sesuatu yang akan aku kenang seumur hidup. Nurulhaiyan telah dimasukkan ke bilik bersalin HUKM lebih kurang pukul 1tgh hari 16 Jun 2008, selepas ketubannya pecah pukul 9.30 pagi. Epidural kemudiannya diberi bagi mengurangkan rasa sakit ketika bersalin nanti. Walaubagaimapun sehingga pukul 11 malam, selepas hampir 11 jam berada di bilik bersalin, Haiyan masih tidak rasa seperti hendak bersalin. Bukaan rahim pula hanya 3cm pada masa tu. Badan dia pula dah makin kuat menggigil kerana kesan ubat epidural dan jugak kerana perut yang tak berisi apa-apa semenjak pagi. Nak pulak masuk2 je bilik bersalin tu doktor dah bagi ubat untuk dia buang isi erut sampai kosong. Kesian Haiyan. Timbul keinsafan dalam hati betapa beratnya pengorbanan seorang ibu bagi melahirkan seorang anak. Pengalaman ni yang membuatkan aku lebih bertambah sayang pada mak aku dan jugak pada Haiyan.

Pukul 12 tepat doktor meminta persetujuan bagi membolehkan pembedahan ceasarian dibuat ke atas Haiyan memandang ubat epidural telah terlalu banyak digunakan dan Haiyan masih tak rasa sakit nak melahirkan anak.

Agak sedih juga pada masa tu sebab terpaksa menunggu di luar bilik pembedahan sedangkan di awalnya aku dah janji dengan Haiyan untuk temankan dia semasa dia melahirkan anak. Tapi undang2 hospital melarang aku untuk temankan Yan ke bilik bedah..mmm...kesian bini aku...

Lepas sejam menunggu, puteri kami dibawa keluar dari dewan bedah. Alhamdulillah, kedua-duanya selamat. Hadhinah Afiqah diazan dan diiqamatkan. Aku cium puas-puas pipi dan dahi Hadhinah sebelum aku serahkan semula pada jururawat kat situ.

Haiyan dibawa keluar melalui pintu lain terus ke wad Delima. Dia nampak lemah tapi masih mampu tersenyum. Baby girl bisik aku pada dia. Dia mengangguk...tersenyum lemah... Terima kasih sayang...atas pengorbanan awak mengandungkan Hadhinah selama 9 bulan, ditambah dengan kekuatan semangat awak menunggu 12 jam sebelum di bedah dan menahan diri dari makan itu dan ini sepanjang berpantang 2 bulan ni.

Ya Allah, aku mengucapkan syukur di atas kurniaan Mu ini. Aku memohon daripada mu perlindungan ke atas anak ini dan zuriatnya daripada gangguan syaitan...

Kepada kasih, cinta dan rinduku....Nurulhaiyan....terima kasih di atas pengorbanan ini..

Puteri hati kami Hadhinah Afiqah...semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah daripada ganggunan jin dan syaitan...dan juga manusia2 yang sentiasa berhasat dengki...

Ketika coretan ini dibuat, Haiyan dan Hadhinah sudahpun berada di rumah mak Haiyan untuk menghabiskan tempoh berpantang. Mereka dibenarkan keluar hari Ahad (22/06/208) kelmarin selepas doktor sahkan yang kandungan G6PD baby dah ok. Tapi di rumah kami masih tetap membawa Hadhinah mandi cahaya matahari pagi sebab kuning di mata dan badan dia masih ada lagi...

Haiyan pulak baru hari ni mula berurut...
Harap2 semuanya akan baik nanti...baby sembuh dari penyakit kuning dan Haiyan selamat berpantang sehingga luka pembedahan sembuh sepenuhnya.

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates