Sunday, September 27, 2009

Di Sebalik Nama...

Nak tau apa maksud Hadhinah Afiqah & Hadhinah Athirah?

Hadhinah bermaksud pendidik atau pengasuh. Manakala Afiqah pula membawa maksud yang berpengetahuan luas. Ada ratusan nama-nama indah yang papa jumpa semasa mencari nama untuk Hadhinah Afiqah, tetapi papa paling tertarik dengan gabungan kedua-dua nama ini. Afiqah; yang berpengetahuan luas, membawa harapanku, semoga besar nanti, dia menjadi seorang yang berilmu & berjaya. Manakala Hadhinah; pengasuh/ pendidik, adalah juga harapan & doa papa & mama, semoga besar nanti, Hadhinah Afiqah menjadi seorang yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara...

Apabila Hadhinah Athirah lahir, papa berkeras untuk kekalkan penggunaan Hadhinah sebagai nama pangkal anak papa ni..Mama mulanya tidak setuju..tapi papa terangkan sebab-sebab papa memilih nama ini, mama tidak membantah..Kerana kedua-dua anak papa adalah perempuan, dan nama ini pastinya sinonim dengan wanita; pendidik/ pengasuh..dan papa gabungkan dengan Athirah (disebut Asirah), sebagai doa papa & mama, Hadhinah Athirah menjadi seorang pendidik/ pengasuh yang utama ataupun yang terpenting di dalam masyarakat...
Anak-anak papa, pada papa, peranan pendidik ini tidak terbatas sekadar guru ataupun pensyarah di sekolah-sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Peranan pendidik itu luas...Ibu juga adalah pendidik kepada anak-anak, pemimpin negara adalah pendidik kepada rakyat...


Ku berikan nama,
Bukan sekadar panggilan,
Bukan sekadar untuk sedap-sedap menyebut,

Ku berikan nama,
Berserta harapan menggunung,
Maksud di sebalik nama,
Adalah doaku untuk anak-anakku,
Moga besar berjaya,
Moga besar berguna,
Moga besar berjasa pada bangsa,
Moga besar taat pada agama,
Moga besar tidak lupa ibu bapa...


wallahualam...

2 Comments:

  1. Anonymous said...
    ameen~ingt tu buat dhina berdua pesan ma+pa
    s.c.h.u.l.t said...
    sangat sweet. :)

    dah memang tahu maksud hadhinah afiqah dari dulu. moga jadi seperti yg diharapkan. ameen~ ;)

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates